Siakap Keli

Darwin’s Arch Di Kepulauan Galapagos Dilapor ‘Terbelah’ Dua Gara-gara Hakisan Semula Jadi

QUITO, ECUADOR- Salah satu formasi batuan di Kepulauan Galapagos telah runtuh dan jatuh ke laut lapor CNN harini.

Bahagian atas Darwin’s Arch yang terletak di utara kepulauan itu jatuh kerana “hakisan semula jadi,” menurut Kementerian Alam Sekitar Ekuador.

Kementerian itu turut memuatnaik gambar di akaun Twitter rasmi mereka. Gambar menunjukkan struktur itu kini terdiri dari dua tiang sahaja berserta kenyataan yang mengesahkan berita itu.

“Keruntuhan Darwins’ Arch dilaporkan tertelak kurang satu kilometer dari kawasan utama Pulau Darwin.”

“Darwin’s Arch yang terhasil daripada batuan semulajadi merupakan sebahagian daripada Pulau Darwin yang tidak dibuka untuk pelancong,” tambahnya.

Formasi batuan ini dinamakan bersempena ahli biologi Charles Darwin. Struktur lengkungan itu disifatkan sebagai salah satu lokasi menyelam terbaik di kepulauan Lautan Pasifik yang merupakan sebahagian daripada Ecuador.

Selain itu, sebuah syarikat pelancongan, Aggressor Adventures, berkata pelancongnya turut menyaksikan kejadian itu yang dikongsikan melalui akaun Facebooknya.

Unfortunately today, our guests of the Galapagos Aggressor III experienced a once in a lifetime event. This morning at…

Posted by Aggressor Adventures on Monday, May 17, 2021

Sumber: CNN Edition

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.