Siakap Keli

Filipina Pesan 40 Juta Dos Vaksin Pfizer, Nak Kekang Penularan COVID-19 Yang Makin melarat Di Negaranya

Kerajaan Filipina dilapor memesan sebanyak 40 juta dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer, yang merupakan perjanjian bekalan terbesar bagi negara Asia Tenggara itu, dalam usahanya untuk mengekang penularan pandemik berkenaan. Filipina merupakan salah sebuah negara yang paling terjejas dengan virus berkenaan di rantau ini.

Menurut Jurucakap Program Vaksin Filipina, Carlito Galvez, dokumen-dokumean perjanjian pembelian sudahpun ditandatangani.

Dalam laporan The Straits Times, kesepakatan yang dicapai antara negara berkenaan dengan pengeluar vaksin tersebut akan memberikan dorongan kepada Filipina, yang merancang untuk mencapai imuniti kelompok, menjelang hujung tahun ini, sekali gus dapat memulihkan keadaan ekonomi semasa.

Walaupun secara keseluruhan sebanyak 200 juta dos vaksin COVID-19 dijangka tiba di Filipina tahun ini, negara itu ketika ini berdepan cabaran untuk merekrut seramai 50,000 orang sukarelawan kesihatan yang diperlukan untuk melancarkan program vaksinisasi di bandar-bandar utamanya.

Sebahagian besar jururawat dan doktor yang dimiliki negara itu ketika ini sedang berjuang merawat pesakit-pesakit COVID-19 sedia di hospital-hospital yang semakin sesak. Ia berpunca daripada lonjakan kes yang berlaku pada pertengahan Mac.

Isnin lalu, Filipina merekodkan sebanyak 5,979 kes baharu, menjadikan jumlah kes keseluruhan melebihi 1.15 juta kes. Angka berkenaan menjadikan Filipina negara kedua ASEAN yang paling terjejas, dibelakang Indonesia yang merekodkan sebanyak 1.74 juta kes.

Ketika ini, sebanyak 2.5 juta dos, kebanyakkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca, sudah diagihkan dalam komuniti. Filipina mempunyai populasi 109 juta orang penduduk.

Duerte sebelum ini turut memberi amaran kerajaannya tidak teragak-agak untuk melaksanakan perintah berkurung lebih ketat sekiranya orang ramai berterusan mengabaikan SOP yang ditetapkan.

Sumber: The Straits Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.