Siakap Keli

Gara-gara Pandemik, Pengembara Ini Terpaksa ‘Berkampung’ Di New Zealand Berbulan-bulan Lamanya

NEW ZEALAND- Tom Napper, seorang animator dan pereka memulakan pengembaraannya ke New Zealand pada tahun 2020. Kini, dia tiada alamat tetap lagi kerana pandemik.

Dia tiba di New Zealand pada 16 Februari 2020 bagi mengambil bahagian dalam Lawatan Aotearao iaitu lawatan berbasikal. Kira-kira seribu pelancong “berbasikal” yang hadir.

Peserta diminta merakam gambar di setiap perhentian disepanjang jalan bagi mengesahkan bahawa para peserta mengikut jalan yang ditetapkan. Berbeza dengan yang lain, Napper meminta izin untuk menvisualkan perhentian dikanvasnya.

Namun disebabkan pandemik yang melanda New Zealand, dia terpaksa ‘berkampung’ di situ. Sedangkan, sepatutnya dia terbang ke Kota London keesokkan harinya.

Disebabkan penutupan itu, ia menyebabkan rancangan yang dirancang oleh Napper berubah serta kehidupannya.

Kini, Napper berjaya melakar 30 lukisan perhentian di sepanjang laluan basikal itu serta kawasan yang dilawatinya. Projek jangka panjang yang pada mulanya 30 hari berlangsung hingga kini telah diterbitkan dan dia kini telah memohon visa.

Sumber: CNN Edition

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.