Siakap Keli
Gambar: Puan Eyraa via MAHN

Guna Dua Bahan Je, Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Almond Nibs’ Sampai Dapat 7.6k Perkongsian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin sudah pelbagai kuih raya yang telah masuk ke dalam mulut, namun masih ada kuih-kuih raya yang masih ditunggu-tunggu. Antaranya ialah seperti kuih daripada coklat badam yang sentiasa menjadi pilihan ramai.

Bagi yang teringin nak makan ‘cookies’ ala2 Ferrero Rocher bolehlah ikuti resepi daripada perkongsian ini. Perkongsian resepi daripada Puan Eyraa ini telah pun mendapat lebih 4.6K ‘like‘ dan 7.6K ‘shares‘ di halaman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Mesti tak sabar nak tahu kan resepi yang dinamakan Resepi Badam Coklat @ Almond Nibs ni? Jom lihat perkongsian resepinya di bawah.

Alhamdulillah harinie buat my febret cookies n husben pulak ye.. #almond nibs nie dia mcm ala² Ferrero rocheer gituuu..
Macam biase cikraa akan Share resepi yang cikraa buat dekat bawah nie ye …
RESEPI BADAM COKLAT @ ALMOND NIBS
Guna 2 bahan je:
1. badam cincang
2. coklat beryls @ apa2 jenis coklat masakan
Cara2nya :
1. Badam cincang beli kat kedai bakeri, sangai tanpa minyak sampai keperangan
2. Coklat beryls compound @ coins buat cara double boiler
3. Tunggu sampai badam & coklat yg dicairkan tu sejuk, lepastu campurkan kedua2 bahan tersebut.
4. Masukkan dalam paper cup (gunakan sudu kecil supaya tak comot) hihi
5. LASSTTT sekali masukkan dalam peti ais dalam 10 minit dan SIAP SEDIA untuk dimakaannn. Simpan dalam bekas kedap udara okay!
Sedapnya! Ringkas, mudah dan sedap.
Sesuai utk yg teringin buat kuih raya nii tapi takde oven
Selamat mencuba !

Sumber: Puan Eyraa via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.