Siakap Keli
TikTok @mumumellow

Hanya Guna Pisau dan ‘Cellotape’, Lelaki Kongsi Cara Potong ‘Wainscoting’ 45 Darjah Paling Mudah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wainscoting merupakan panel-panel yang disusun membentuk bingkai dan biasanya digunakan untuk dekorasi dinding. Penggunaan wainscoting ini mendapat sorotan ramai kerana menampilkan ciri-ciri mewah dalam tatarias rumah.

Kos untuk pemasangan wainscoting berbeza mengikut jenis dan penggunaan material. Wainscoting dengan penggunaan material kayu selalunya jauh lebih mahal dari wainscoting PVC.

Namun tahukah anda, berbanding kayu, panel PVC lebih umum digunakan dalam dekorasi dalaman.

Selain murah, panel PVC lebih mesra alam, tidak mudah terbakar, dan merupakan perintang terbaik terhadap kelembapan. Wainscoting PVC juga tidak perlu dicat atau dikilap sebelum dipasang kerana sifat permukaannya yang rata.

Walaupun murah, wainscoting dari material PVC juga boleh menghasilkan output yang kemas.

Video yang diunggah oleh pengguna akaun TikTok @mumumellow ini menunjukkan cara memotong wainscoting jenis PVC pada sudut 45 darjah hanya menggunakan pisau dan salotep. Lebih menarik lagi, yang tiada kepakaran pun boleh buat tau!

Video ini mendapat 445.4 ribu tontonan dan 17.7 ribu sukaan setakat ini.

Ingin tahu macam mana nak potong wainscoting PVC 45 darjah tanpa perlu upah tukang? Mari kita ikuti video di bawah.

@mumumellow

Cara potong wainscoting 45darjah paling simple! #dekor #dekorasikamar #decoration #dekobilik #diy

♬ Ice Cream (with Selena Gomez) – BLACKPINK

Rupanya mudah sahaja nak potong wainscoting PVC ini. Boleh la cuba untuk dekorasi rumah anda!

Sumber: TikTok @mumumellow

Macam-macam jenis wainscoting ada rupanya disini

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.