Siakap Keli

Manja & Sentiasa Teman Buat Kerja, Ini Kisah Si ‘Minah’ & ‘Senah’ Kucing Penjaga Kubur

Siapa yang membela kucing, pasti sudah maklum dengan perangai haiwan comel ini yang sentiasa manja dan tuan mereka. Ada yang sentiasa nak dibelai, ada yang sentiasa nak makan. Macam-macam perangai yang dibuatnya.

Namun tak dinafikan, ada juga kucing yang bukan haiwan belaan tapi sifatnya tetap manja dengan orang-orang tertentu. Pendek kata, mereka ini hidup di jalanan tapi bergantung harap dengan manusia yang baik hati dan dianggap macam tuan sendiri.

Biasanya kita dengar, kucing-kucing jalanan ini tinggal di tepi jalan, taman permainan, pasar mahupun di jalan-jalan kampung kan? Berbeza pula dengan apa yang dialami Sharifah Sarip ini apabila dia ‘bertemu’ dengan sepasang kucing jalanan di tanah perkuburan.

Menerusi satu perkongsian di group Facebook Dunia Kucing Group baru-baru ini, Sharifah menceritakan bahawa setiap kali kedatangannya bersama suami ke tanah perkuburan, pasti akan disambut oleh dua ekor kucing yang sangat manja.

Ini bermakna kepenatan si suami yang bertugas sebagai penggali kubur tidak terasa lelahnya, malah lebih ‘senang hati’ lagi apabila dua ekor si comel ini setia menemaninya di sisi. Mari ikuti perkongsian ini.

Gambar: Sharifah Sarip

Senah & Minah adalah penghuni di tanah perkuburan. Walaupun mereka hanya binatang, mereka berdua dilayan dengan baik oleh suami selaku penggali kubur di sini dan orang yang datang menziarahi pusara.

Dialah peneman suami di kubur. Seakan mengerti mereka disayangi, dengar aje bunyi motor suami terus dikejarnya sebab dia tahu suami akan bawa makanan.

Saya pasti hari-hari akan ke kubur untuk bermain dengan mereka. Sudah menjadi rutin harian saya ke kubur untuk melihat mereka berdua.

Kalau sehari tak jumpa, rindunya..

#minah #senah #takpernahxsayang

Gambar: Sharifah Sarip
Gambar: Sharifah Sarip

Sumber: Sharifah Sarip melalui Dunia Kucing Group

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.