Siakap Keli
Gambar via TikTok @irdiebell

Modal RM2 Je, Gadis Ini Buat Pampas Hanya Guna Penyapu Jadi Hiasan Rumah

Dekorasi yang menarik mampu menaikkan seri di dalam rumah. Pemilihan aksesori di dalam rumah seperti tumbuh-tumbuhan hiasan turut memainkan peranan untuk menghasilkan susun atur yang menarik.

Tumbuhan yang kini menjadi trend untuk dekorasi rumah tak lain tak bukan ialah pampas. Bukan sahaja digunakan untuk hiasan rumah, pampas juga sering digunakan untuk merias pelamin.

Disebabkan permintaan yang tinggi, harga seunit tumbuhan ini kadangkala boleh menjangkau harga yang sepatutnya.

Melalui video yang diunggah oleh pengguna TikTok @irdiebell, kini anda tak perlu lagi keluarkan bajet yang besar untuk seunit pampas. Hanya dengan bajet dua ringgit, anda juga boleh menghias rumah dengan konsep ala-ala tropika ini.

Pengunggah video ini turut berkongsi tips agar menggunakan clear spray untuk mengelakkan pampas yang dibuat daripada berhabuk. Video ini mendapat 564.1 ribu tontonan dan 49.3 ribu sukaan setakat ini.

Mari kita ikuti langkah mudah dalam video di bawah.

@irdiebell

Modal 2 hinggit je#tiktokmalaysia #ecoshop #fypシ

♬ original sound – Bell✨ – Bell✨

Mudah dan jimat

Di ruangan komen, warga net rata-rata berpendapat, selain kreatif, cara yang dikongsikan ini mampu menjimatkan kos dan mudah untuk diikuti. Tidak kurang juga netizen yang berkongsi tips tambahan untuk mencantikkan lagi hiasan pampas ini.

Sumber: TikTok @irdiebell

Buat sendiri jimat sangat, nak bunga pampas macam-macam warna boleh ‘shopping’ kat sini

Eyla Azri