Siakap Keli
Gambar: TikTok/NewsUnzip.com/Biographied.com -

Reaksi Muka ‘Selamber’ Buat Ramai Terhibur, Tapi Siapa Sebenarnya Gadis Cantik Bersama Khaby Lame Ni ?

Khaby Lame adalah seorang bintang TikTok dan akaun TikTok miliknya kini mempunyai sekitar 50.3 juta pengikut.

Dia sangat popular kerana ekspresi wajahnya melalui video-video yang dimuat naik olehnya.

Selain daripada itu, Khaby juga adalah seorang gamer, selebriti di Instagram. Dia telah menjadi popular selepas salah satu video yang dimuat naik di TikTok menjadi tular.

Dilahirkan pada 9 Mac 2000 dan berasal daripada Senegal, Khaby Lame kini berusia 21 tahun. Kini dia menetap di Chivasso, Turin, Itali.

Dah terkenal macam ni, pasti ramai yang nak tahu berkenaan kehidupan Khaby Lame ini kan? Antara perkara yang paling nak tahu itu semestinyalah berkenaan dengan kisah percintaannya atau pun teman wanitanya.

Terdapat beberapa foto yang pernah tular berkenaan dengan Khaby sedang peluk bersama dengan seorang gadis.

Pun begitu, siapakah gadis yang dipeluk oleh Khaby itu? Pasti ramai yang tertanya-tanya kan?

Menurut portal Biograph Daily, Khaby Lame dikatakan sedang bercinta dengan wanita bernama Zaira Nucci yang berasal daripada Sciacca, Sicily, Itali.

Wanita tersebut dikatakan seorang artis dan mempunyai sekitar 30.4K pengikut di laman Instagram. Khaby Lame juga turut dikatakan kerap berkongsikan gambar wanita itu di akaun sosial medianya.

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dipastikan apabila portal Newsunzip pula melaporkan bahawa Zaira Nucci adalah hanya kawan baiknya sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khaby Lame (@khaby00)

Tidak dapat dipastikan sama ada wanita yang bernama Zaira Nucci itu adalah rakannya atau pun teman wanitanya. Ini kerana, Khaby Lame tidak banyak bercerita tentang keluarga serta kehidupan peribadinya.

Walau siapa pun kekasih Khaby, wanita bertuah itu pastinya beruntung kerana akan selalu terhibur dengannya.

Sumber: Biograph Daily/newsunzip

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.