Siakap Keli

Taiwan Dilapor Alami Musim Kemarau Teruk Hingga Terpaksa Catu Penggunaan Air

TAIWAN- Reuters melaporkan, Taiwan kini mengalami musim kekeringan ekstrem menyebabkan berlakunya catuan penggunaan air yang akan dilaksanakan pada bulan Julai di Hsinchu dan Taichung.

Kementerian Ekonomi Taiwan memaklumkan bahawa kejadian itu merupakan kekeringan terburuk sepanjang sejarah. Jika hujan tidak turun dalam beberapa hari mendatang, kekeringan akan berada pada level tertinggi, tambah kementerian itu.

Jika terjadinya hal itu, syarikat-syarikat di Hsinchu dan TAichung perlu mengurangkan penggunaan air sebanyak 17 peratus.

“Kami perlu lebih memperketatkan penggunaan air sebagai permulaan langkah baru, jika air hujan turun kurang dari yang diharapkan,” kata Kementerian Ekonomi Taiwan.

Selain itu, kawasan di wilayah tengah dan selatan Taiwan turut terkesan. Dilaporkan air berkurangan sebanyak 5 peratus, lapor Kompas.com.

Kementerian Ekonomi Taiwan menambah, pihaknya kini telah mengambil beberapa langkah bagi mencari air. Antaranya dengan menggunakan air daripada 160 telaga dan penggunaan penyahgaraman air laut.

Kekurangan air menyebabkan proses penjana elektrik juga terjejas.

Oleh itu, Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, berjanji kepada rakyatnya untuk meneliti pengurusan elektrik. Beliau akui, cuaca yang ekstrem menyebab perkembangan ekonomi yang sedang berkembang pesat merupakan permasalahan besar.

Taipower, syarikat bekalan elektrik di Taiwan  juga menyatakan bahawa kekeringan itu menyebabkan air penjana elektrik tidak mencukupi untuk menghasilkan tenaga yang mencukupi.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.