Siakap Keli

Anak Anjing & Kucing Ditemui Dalam Kota Mencurigakan, Dipercayai Dibuang

CHINA- Penemuan mengejutkan apabila beberapa haiwan seperti kucing dan anjing dibungkus dalam kotak yang kebanyakkan ditutup sepenuhnya dengan plastik hitam.

Love Home, kumpulan hak haiwan merakamkan video serbuan itu pada 3 Mei di bandar Chengdu di China. Mereka menemui 156 kotak yang berisi anak anjing dan anak kucing, terdapat juga beberapa diantaranya mati dalam serbuan itu.

Video serbuan itu dimuatnaik di media sosial dan mendapat reaksi daripada pengguna. Mereka terkejut dan ngeri melihat haiwan-haiwan itu dibungkuskan dan dijadikan ‘kotak misteri’.

Dilaporkan, pembeli akan membuat bayaran bagi hadiah yang tidak diketahui isinya, namun kebiasannya hanyalah patung bersiri yang sering dikumpulkan sahaja, lapor CNN semalam.

Ding Ying, profesor pemasaran bersekutu di Universiti Renmin, China memaklumkan kepada People’s Daily bahawa kotak itu seolah-olah menjadi “ketagihan”.

Kini, trend kotak misteri menjadi pasaran gelap pula.

Walaupun pengeposan haiwan hidup adalah haram di China, tetapi ianya masih berlaku di China, menurut media yang dikendalikan oleh kerajaan China.

Dilaporkan, beberapa pengusaha kotak misteri menambah untuk menawarkan haiwan peliharaan kepada pembeli dengan harga 32 yuan (RM21).

Kumpulan hak haiwan menengaskan bahawa ia adalah tindakan kejam terhadap haiwan. Haiwan yang diposkan juga tidak semuanya selamat dalam perjalanan itu.

Sumber: CNN

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.