Siapa masih ingat lagi dengan filem ‘Man Laksa’? Filem komedi berdurasi 110 minit arahan pengarah ‘lejen’, abang Mamat Khalid ni pernah menjadi ‘fenomena’ humor tempatan ketika ditayangkan pada 2006 lalu. Generasi 80-an dan 90-an yang kini dah berumur 26 tahun ke atas pasti pernah menontonnya.
Macam yang korang tahu, Mamat Khalid ni memang cukup ‘power’ kalau buat filem komedi berkisarkan masyarakat kampung. Jadi filem Man Laksa yang dilakonkan oleh watak utamanya, Yassin Senario sebagai Man Laksa betul-betul menjadi lawaknya.

Storyboard hilang..jumpa semula lepas 20 tahun
Korang tahukan, setiap filem yang dihasilkan mestilah bermula daripada skrip dan papan cerita dulu. Papan cerita atau storyboard ni merupakan lampiran gambar-gambar contoh (bayangan) untuk setiap babak yang dilakonkan.
Tapi apa yang menariknya, storyboard Man Laksa ni pernah hilang sebelum ni. Mesti abang Mamat Khalid rindu sangat dengan karyanya sendiri. Orang seni kan..setiap benda hatta sebatang pensel yang digunakan untuk tulis skrip pun ada ‘sentimental value’ nya.
Sedih memang sedih. Tapi kesedihan abang Mamat Khalid akhirnya terubat apabila storyboard Man Laksa yang ‘lesap’ entah ke mana pada 20 tahun yang lalu dijumpai semula.
Alhamdulillah akhirnya kembali jua storyboard bersejarah ni ke tangan tuannya. Korang yang pernah tonton Man Laksa ni mesti rasa nak mengimbau nostalgia masa muda balik kan? Yelah, 2006 dulu baru 13 tahun, sekarang dah 2021, umur pun 28 tahun. Tua dah.
Taknak cakap banyak, jom kita imbau satu persatu paparan babak Man Laksa dalam storyboard ni.





















Sumber: FB Mamat Khalid