CHINA- Sebuah video yang dimuatnaik di media sosial (Weibo) menunjukkan seorang lelaki melompat ke bonet depan kereta sewaktu teman wanitanya memandu kereta berkenaan dan terjatuh.
Li (nama belakang lelaki itu) dilaporkan dimasukkan ke hospital, manakala teman wanitanya didenda RM129 menurut laporan polis trafik tempatan.
Pertengkaran itu berjaya ditangkap oleh kamera litar tertutup (CCTV) di perhentian rehat di Kaihua, Quzhou di daerah Zhejiang pada 17 Mei.
Video itu dikongsikan oleh Lebuhraya Petrol Quzhou keesokan harinya dan mula menjadi trending di Weibo tidak lama kemudian.
Menurut laporan polis, Wang (nama teman wanita itu) duduk dibelakang roda kereta Mercedes-Benz mereka ketika Li menghampirir pintu sebelah pemandu dan cuba membukanya.
Li gagal membuka pintu dan naik ke bonet depan kereta dan mula merakam dengan telefon bimbitnya. Dia terkejut apabila Wang menghidupkan enjin kereta dan memandu walaupun dia masih di bonet depan kereta.
Seterusnya, Li cuba bertahan tetapi gagal apabila tercampak sewaktu Wang memandu.
Sumber: Newsweek