RUSIA- Satu pasangan dari Rusia dilaporkan bertengkar hingga menyebabkan salah seorang daripada mereka mati. Ianya susulan tindakan seorang wanita yang memiliki berat badan 101 kg menghempap wajah suaminya.
Tatiana, bertindak demikian hanya mahukan suaminya meminta maaf. Dia tinggal di Novokuznetsk, Rusia bersama suaminya Eder dan anak perempuan mereka.
Kejadian berpunca apabila mangsa enggan meminta maaf, Tatiana yang berang menolak suaminya keatas katil dan duduk diwajahnya.
Walaupun Eder merayu kepada isterinya untuk bangun dari wajahnya, tetapi isterinya enggan bangun. Disebabkan itu, mangsa kesukaran bernafas dan mati ditempat kejadian.
Anak perempuan mereka turut menyaksikan kejadian itu.
“Saya tidak berniat membunuh, saya hanya ingin menenangkannya. Tetapi dia terus-menerus marah dan menjerit.”
“Saya terus duduk diatasnya bagi menutup mulutnya. Saya tak tahu dia akan mati,” ujar Tatiana
Sumber: Deccan Express