Siakap Keli
Gambar: MyCARE

(Video) Luar Biasa Pemurah, Rakyat Malaysia Dah Sumbang RM 91 Juta Untuk Gaza Dari 2010 – 2019, Sukarelawan Ini Tunjuk Kemana Wang Ini Diagihkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Akhir-akhir ini isu di Gaza, Palestin kembali ‘mengejutkan’ kita semua. Ketika umat Islam di seluruh dunia sedang bersiap-siap di penghujung Ramadan untuk menyambut hari kemenangan di 1 Syawal lalu, penduduk Gaza pula merasai suasana sebaliknya.

Pada 10 Mei, bermulalah episod ngeri apabila malam-malam terakhir Ramadan mereka ‘dicalarkan’ dengan tragedi serangan yang tidak disangka. Maka dengan itu kedua-dua pihak saling mempertahankan kawasan dan penduduk masing-masing.

Namun di sebalik insiden ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) ‘orang kita’ di sana juga turut sibuk menghulurkan pelbagai jenis bantuan kecemasan bagi ‘membina’ semula Gaza yang telah ‘roboh’ itu. Salah satunya ialah Humanitarian Care Malaysia atau MyCARE.

Apa yang orang Malaysia dah bantu di sana?

Mungkin ada yang tak tahu apa yang NGO kita buat di sana. Tapi percayalah, terlalu banyak projek yang telah dijalankan. Mari kita ikuti perkongsian sukarelawan MyCARE, saudara Zulfadhli Zin di bawah ini.

1) RM944,000 terkumpul sepanjang Ramadan

Untuk Ramadan 2021 sahaja, orang Malaysia sudah hantar bantuan sejumlah RM944,000 untuk Palestin.

Gambar: MyCARE

2) RM91 juta selama 9 tahun

Jumlah bantuan yang orang Malaysia dah hantar ke Palestin dari 2010 hingga 2019 adalah sebanyak RM91 juta.

Gambar: MyCARE

3) Hantar food basket

Macam kita tahu, dekat sana nak kerja pun tak ada. Jadi nak dapat duit mana kan untuk makan? Jadi bantuan asas makanan antara yang banyak kita orang Malaysia salurkan ke sana. Thanks to @mycarehq sebab uruskan.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

Kebanyakan bantuan kita memang food pack. Yela itu keperluan asas untuk hidup. Jadi terima kasih kepada semua penyumbang dari Malaysia yang tak putus-putus sumbang melalui @mycarehq @aqsasyarifhq.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

4) Hantar bantuan kit kebersihan (hygiene kit)

Bukan itu je, bila pandemik COVID-19 berlaku, mungkin orang ingat penduduk Gaza akan susah sebab takda ada face mask semua. Silap besar..orang Malaysia hantar bantuan hygiene kit terus. Tak sembang banyak. Yes terima kasih kepada @mycarehq & pasar raya terbaik @econsavemy.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

5) Hantar bantuan persekolahan

Bukan itu je, orang Malaysia juga hantar bantuan keperluan sekolah untuk budak sekolah di sana. Wah siap ada bendera Malaysia ya di van. Dekat mana-mana mesti ada bendera Malaysia. Kita hantar beg sekolah, kasut dan peralatan pelajar.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

6) Hantar bantuan musim sejuk

Bila musim sejuk, orang mesti ingat rakyat Palestin akan mati kesejukan. Silap, dalam diam kita hantar bantuan musim sejuk. Kita hantar selimut, pakaian sejuk dan ada juga makanan.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

7) Hantar bantuan pertanian

Orang Malaysia bantu bagi bantuan pertanian. Kita sediakan kemudahan untuk orang Gaza bercucuk tanam.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

8) Bina kilang roti

Kita juga pernah buka kedai / kilang kecil untuk bakery dan roti. Hasil derma orang Malaysia ke @mycarehq. Kita dapat sediakan peluang pekerjaan untuk orang Gaza & roti yang dibuat pula akan dihantar sebagai bantuan dan juga dijual di kedai-kedai di Gaza.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

9) Bantuan perikanan

Orang Gaza berpeluang menjana ekonomi sendiri dengan menjalankan aktiviti perikanan untuk pasaran tempatan. Jadi janganlah risau tentang sumber perikanan mereka di sana.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

10) Bantuan perumahan

Tidak cukup dengan itu, MyCARE juga telah bantu ‘bangunkan’ semula rumah-rumah yang telah roboh.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

11) Bantuan kolam ternakan ikan

Selain sumber perikanan daripada ikan air masin, orang Gaza juga turut berpeluang mendapatkan sumber ikan air tawar dari kolam ternakan yang diusahakan mereka sendiri.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

12) Bantuan perubatan

Inilah bantuan terpenting dalam memastikan kesihatan rakyat di sana kekal terjaga semampunya.

Gambar: MyCARE
Gambar: MyCARE

Jom teruskan menyumbang untuk Gaza

Ha korang boleh salurkan sumbangan ke: http://mycare.qrd.by/palestin atau;

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592
Rujukan: PalestinDiserang

Makin banyak korang sumbang melalui link ini ( mycare.qrd.by/palestin ) makin banyak bantuan kita boleh salurkan ke Palestin. Tekan je link di bawah untuk derma:

mycare.qrd.by/palestin
mycare.qrd.by/palestin
mycare.qrd.by/palestin

 

 

 

Sumber: Twitter Zulfadhli Zin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'