Siakap Keli
Gambar via Bernama & JPN

Sijil Kelahiran Hilang, Rosak Atau Musnah? Ini Cara Nak Dapatkan Salinan Atau Cabutan Sijil Kelahiran

Setiap orang pasti memiliki sijil kelahiran atau surat beranak sebagai dokumen pengenalannya sewaktu kecil, kan? Dokumen ini penting dalam sesuatu urusan, contohnya seperti urusan di bank dan lain-lain.

Sekiranya dokumen ini hilang dan sebagainya, bolehkah kita memohon yang baru? Di sini SK ingin berkongsikan jawapan daripada Jabatan Pendaftaran Negara sendiri berdasarkan perkongsian mereka di ruangan Facebook.

Menurut sumber, sekiranya sijil kelahiran kita hilang, rosak atau musnah, cara untuk mendapatkan Salinan atau Cabutan Sijil Kelahiran adalah dengan:

  1. Ibu/bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan.
  2. Bawa Kad Pengenalan (IC) atau dokumen pengenalan diri.
  3. Isi Borang JPN.LM15.
  4. Setiap Cabutan Sijil Kelahiran dikenakan bayaran tunai sebanyak RM5.

May be an image of text that says 'Jabatan Pendaftaran Negara Sijil Kelahiran hilang / rosak/ musnah, bagaimana mendapatkan Salinan atau Cabutan Sijil Kelahiran? Ibu/bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara:- Datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalar atau dokumen pengenalan diri seterusnya mengisi Borang JPN.LM15. Bayaran tunai RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.'

Antara kelayakan untuk buat permohonan ini adalah individu tertentu, seperti gambar di bawah:

Antara dokumen yang diperlukan boleh dilihat menerusi pautan INI.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

Nurul Nabila