Dalam rezeki kita, ada hak orang lain. Bukan sahaja para agamawan, malah jutawan sendiri banyak berkongsi hikmah bersedekah antaranya menambah keberkatan terhadap rezeki diperoleh.
Inilah yang dilakukan seorang individu yang mendermakan gaji pertamanya kepada tabung Masjid Putra, Putrajaya baru-baru ini.
Bersama sekeping nota berwarna kuning, individu tersebut sempat menitipkan pesanan dan memohon doa agar rezekinya sekeluarga diberkati. Gambar nota bersama wang sumbangan itu dikongsikan semula oleh seorang individu bernama Pakcik Najib di laman Facebook miliknya.
“Assalamua’laikum, ni gaji pertama saya. Mak saya pesan, masukkan ke tabung masjid dulu. Doakan Allah berkati rezeki kami sekeluarga dan kurniakan kami Syurga-Nya,” tulis individu tersebut.
Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung. Semoga keluarga ini sentiasa dilimpahi keberkatan dan rezeki yg halalan thoyyiban.#sedekah #rezekidariAllah #masjidputra
Posted by Masjid Putra Putrajaya on Wednesday, May 19, 2021
Allahu. Jumpa nota pada duit ni dlm tbung masjid. Moga dprmudahkan dan dmurahkan rezki bliau. Amin.
Posted by Pakcik Najib on Wednesday, May 19, 2021
Rata-rata warga maya kagum dan tersentuh dengan tindakan individu misteri tersebut di samping mendoakan beliau sekeluarga.
Semoga kemurahan hati individu ini menjadi inspirasi buat kita semua.
Sumber: Pakcik Najib via Masjid Putra, Putrajaya