Siakap Keli
Gambar: Pakcik Najib/Bernama

“Syahdu Baca Nota Dia,” ‘Amanat’ Dari Ibu, Warganet Terharu Baca Nota Individu Sedekah Gaji Pertama Ke Tabung Masjid

Dalam rezeki kita, ada hak orang lain. Bukan sahaja para agamawan, malah jutawan sendiri banyak berkongsi hikmah bersedekah antaranya menambah keberkatan terhadap rezeki diperoleh.

Inilah yang dilakukan seorang individu yang mendermakan gaji pertamanya kepada tabung Masjid Putra, Putrajaya baru-baru ini.

Bersama sekeping nota berwarna kuning, individu tersebut sempat menitipkan pesanan dan memohon doa agar rezekinya sekeluarga diberkati. Gambar nota bersama wang sumbangan itu dikongsikan semula oleh seorang individu bernama Pakcik Najib di laman Facebook miliknya.

“Assalamua’laikum, ni gaji pertama saya. Mak saya pesan, masukkan ke tabung masjid dulu. Doakan Allah berkati rezeki kami sekeluarga dan kurniakan kami Syurga-Nya,” tulis individu tersebut.

Rata-rata warga maya kagum dan tersentuh dengan tindakan individu misteri tersebut di samping mendoakan beliau sekeluarga.

Semoga kemurahan hati individu ini menjadi inspirasi buat kita semua.

Sumber: Pakcik Najib via Masjid Putra, Putrajaya

Amira

Love yourself.