Siakap Keli

Terkejut Temui Gumpalan Besar Misteri Penuhi Sudut Loteng, Rupanya Cuma Sarang Lebah

New Zealand- Sebuah sarang menyeramkan ditemukan oleh seorang wanita diloteng rumahnya.

Kompas.com mendedahkan wanita itu bertindak memuatnaik gambar sarang itu dilaman sosial untuk bertanya pendapat dari pengguna yang lain.

“Ada yang tahu sarang apa ni?,” tulis wanita itu pada gambar yang dimuatnaik.

“Saya fikir anda memerlukan pengusir hantu untuk itu,” balas seorang pengguna di ruangan komen.

Selain itu, ada yang beranggapan sarang itu seperti menyerupai sarang dari siri Netflix, Stranger Things, lapor The Sun.

Selepas mengetahui hal sebenar, pemilik memperbaharui kenyataannya itu dan memberitahu bahawa sarang itu merupakan sarang lebah.

“Lebah tidak akan tinggal disarang yang tidak aktif dan secara semulajadinya sarang itu akan rosak.”

“Ia (sarang) terhasil dari kayu yang dikunyah dan air liur,” terangnya lagi.

Gambar itu turut menarik perhatian seorang ahli ekologi dan profesor dari Universiti Sydney, Dieter Hochuli mengatakan bahawa gumpalan besar itu adalah sarang lebah yang agresif.

“Mereka (lebah) biasa dilihat di daerah yang ditinggalkan manusia dan banyak dibahagian Tenggara Australia,” ujar doktor Hochuli itu

“Lebah ini juga boleh ditemui di Perth dan Adelaide. Mereka cukup agresif serta akan menyerang kepada siapa yang mengganggu sarangnya,” tambahnya.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.