INDONESIA- Sebuah bangunan tiga tingkat di Kalimantan, Indonesia secara tiba-tiba menyenget dan hampir roboh.
Menurut Kompas.com, pihak polis Banjarmasin Timur dengan pantas datang ke lokasi dan memasang garis polis agar penduduk tak mendakatinya bagi menghindari hal yang tidak diingini berlaku.
“Takutnya roboh, kalau ada yang keluar masuk atau melalui kawasan ini pasti bahaya,” kata Kanit Reskrim Polsek Banjarmasin Timur, Iptu timur Yono dalam keterangannya hari ini.
Salah seorang pengawai, Heny, yang bekerja di salah satu pejabat dalam bangunan itu berkata terdengar bunyi retakan yang sangat kuat.
“Ada bunyi kraakk yang cukup kuat. Selepas itu, bangunan perlahan-lahan miring ke kanan,” ujarnya.
Dia serta beberapa rakannya bergegas keluar dari bangunan itu bagi menyelamatkan diri.
Dilaporkan bangunan itu siap dibina pada tahun 2014. Pemilik bangunan, Hendri berkata bangunan itu tidak menunjukkan tanda-tanda ingin tumbang. Setelah bangunan siap, dia menyewakan beberapa ruang pejabat kepada orang lain.
“Bangunan ini baru sahaja selesai, tapi keadaannya sudah begini,” luah Hendri.
Bagaimanapun, Idang salah seorang penduduk yang tinggal bersebelahan bangunan itu mengatakan bangunan itu telah lama menunjukkan tanda-tandanya.
Dia dan suaminya merakam retakan yang menyebabkan paip airnya pecah.
“Saya sudah maklumkan kepada pemilik tetapi tiada tidakan diambil. Kini, saya takut masuk rumah saya,” ujarnya.
Sumber: Kompas.com