Siakap Keli
Gambar: Mirror

(Video) Nampak Macam ‘Terjun’ Ke Langit, Situasi Ilusi Optik Mengelirukan Ini Jadi Tanda Tanya

Video luar biasa ini menunjukkan seorang lelaki melompat ke awangan dalam ilusi optik yang mengelirukan, namun bolehkah anda mengetahui tentang apa yang berlaku sebenarnya?

Dalam rakaman itu, seorang lelaki dapat dilihat berpakaian hitam, berdiri di atas batu sambil dihiasi dengan langit membiru yang indah dan awan putih di bawah kakinya.

Dia kemudiannya melompat dan melakukan backflip yang tampak seakan sedang terapung di atas langit, ke arah awan, sebelum hilang terhalang oleh batu.

Video tersebut telah membuatkan warganet bingung selepas ianya dikongsi di laman Reddit, dengan seorang warganet menyatakan bahawa ianya kelihatan seperti sesuatu yang seakan permainan video.

Difilemkan di Ostallgäu, Jerman, video tersebut sebenarnya memaparkan lelaki itu melompat ke dalam Tasik Alpsee, yang pada ketika itu tenang sehingga memantulkan refleksi langit di atas.

Ilusi optik itu telah dimuat naik di Reddit pada Isnin, 17 Mei. Sejak dari itu, ianya telah meraih perhatian warganet.

Seorang warganet memberi komen: “Biar betul, ianya kelihatan seakan tidak masuk akal.”

“Iaya mengingatkan saya kepada Mario yang melompat ke dalam lukisan di Super Mario 64,” ujar seorang lagi warganet.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right