Siakap Keli
Gambar: @ainulmell

(Video)Niat Nak Bagi Makan Je, Sekali Oyen Naik Lepak 30 Minit Atas Motor, Taknak Turun Siap Marah Lagi

Kucing adalah haiwan yang manja dan sangat comel. Setiap daripadanya mempunyai kerenah yang berbeza.

Ada yang sangat manja, ada yang nakal, ada yang kuat tidur dan kuat makan serta ada juga yang garang.

Seperti video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini, niat baiknya dalam memberi makan si bulu berwarna oren atau lebih dikenali ramai dengan ‘oyen’ itu telah bertukar menjadi suatu kisah yang menghiburkan.

Menurutnya, selepas sahaja dia memberikan kucing tersebut makan, kucing itu telah memanjat motosikalnya kerana tidak membenarkannya pulang ke rumah.

Apabila disentuh, kucing tersebut dikatakan membuat bunyi bising dan hendak mencakarnya.

Katanya, seorang pakcik yang ditemui telah menyuruhnya untuk membawa kucing tersebut ke sebuah rumah yang mempunyai kereta berwarna biru.

Menurut kapsyen di video tersebut, dia terpaksa melayan kerenah kucing itu selama hampir 30 minit.

Dan apabila telah sampai ke destinasi yang dikatakan oleh seorang pakcik itu, kucing tersebut tetap tidak mahu turun daripada motosikalnya.

Kemudian, pakcik tersebut telah menyuruhnya untuk membawa kucing itu ke surau yang terletak di kawasan berhampiran.

Sudahnya, kucing itu hanya mahu bersiar-siar menaiki motosikal sahaja.

Sampai sahaja kembali ke surau tersebut, kucing itu akhirnya turun daripada motosikalnya dan menuju ke dalam surau berkenaan.

Video berkenaan si oyen yang membuli pengguna TikTok itu telah menjadi tular. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih sejuta kali.

@ainulmell

Story oyen dan saya for today🙂#fypシ #fyp #kucingku #oyen

♬ bunyi asal – nadyrashumel – nadyrashumel

Sumber: @ainulmell

Aqmal Ezany

I write what is right