Siakap Keli
Gambar: JetLag Warriors

(Video)”Sedap, Luar Biasa Tapi Bukan Untuk Saya,” Reaksi Pasangan Kanada Cuba Makan Laksa Sarawak Dan Laksa Johor

Laksa sememangnya terkenal di Malaysia dengan pelbagai jenis variasi hidangan dipercayai mengikut negeri. Antara yang sering diperdengarkan adalah laksa Johor, laksa Sarawak, laksa utara dan banyak lagi.

Bagi orang Malaysia, laksa merupakan satu hidangan yang sudah biasa mereka nikmati. Namun, bagaimana pula reaksi bagi bukan warganegara yang mencuba hidangan laksa.

Seperti perkongsian satu video di laman Youtube menerusi akaun JetLag Warrior, pasangan Kanada telah mencuba dua hidangan laksa iaitu Laksa Johor dan juga Laksa Sarawak.

Kedua-dua hidangan yang kelihatan begitu menyelerakan telah terhidang di atas meja menanti pasangan itu mencubanya.

Menurut Steve, dia hanya mengetahui bahawa laksa adalah hidangan sup ikan.

Dua hidangan laksa hari ini, kefahaman saya mengenai laksa adalah sup ikan.

Ketika mencuba hidangan laksa Sarawak, Steve mengatakan rasanya lebih terarah kepada kuah kari dan dilihat dia sangat menikmatinya. Namun, bagi laksa Johor pula, Steve mengakui ianya sedap namun ianya tidak bersesuaian dengan citarasanya.

Jom tengok reaksi Steve dan Ivana mencuba hidangan laksa Johor dan Laksa Sarawak seperti di bawah.

Sumber: JetLag Warriors

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa