Siakap Keli

Ahli Arkeologi Temui Tingkatan Kubur Purba, Dipercayai Berusia Lebih 4,000 Tahun

MESIR- Ahli arkeologi di Mesir, menjumpai ratusan kubur berbatu secara tidak sengaja yang diyakini berusia lebih dari 4,000 tahun.

Secara keseluruhan, 250 kubur yang ditemui arkeologi di perkuburan Al-Hamidiyah dekat Sohag, di tepi barat Sungai Nil.

Di samping itu, penyelidik memaklumkan kubur yang dijumpai berkemungkinan dari sekitar 2200 SM hingga 30 Sm. Setiap darinya mempunyai beberapa gaya berbeza.

Menurut Kompas.com, kubur yang digali menjumpai beberapa tulang manusia dan haiwan serta tembikar. Selain itu, terdapat juga tembikar yang pecah dan ada antaranya yang masih boleh digunakan.

Daily Mail melaporkan, arkeologi memaklumkan bahawa berkemungkinan khazanah itu digunakan selama lebih dari 2,000 tahun. Bermula dari Kerajaan Mesir Purba iaitu ketika proses pembangunan Piramid.

Menurut muzium, kubur yang ditemui adalah bagi kelas tinggi pada provinsi kesembilan Mesir iaitu lokasi penting di Mesir Purba kerana lokasinya diantara Aswan dan ibu kota Memphis.

“Ukurannya lebih kecil berbanding dengan kubur yang disediakan bagi keluarga kerajaan yang berukuran besar. Kubur ini mungkin disediakan untuk orang biasa,” kata penyelidik Mesir, Bassam Al-Shamaa kepada Al-Monitor.

“Saya percaya seni pada kubur yang ditemui dapat memberi lebih banyak perinsian mengenai kehidupan orang biasa pada ketika itu,” tambahnya.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.