Siakap Keli
Kredit: Google

“Apa Nama Anak Saudara Anda?” Maybank Ingatkan Hati-Hati Jika Ada ‘Pegawai Kewangan’ Tanya Soalan Macam Ni

Pelbagai cara dilakukan sindiket penipuan untuk memperdaya orang ramai sehinggakan ada yang menyamar sebagai pegawai bank untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa.

Biarpun kelihatan seperti perbualan biasa, anda perlu berhati-hati jika terdapat individu yang mengaku pegawai kewangan bertanyakan soalan peribadi anda.

Maybank dalam satu kiriman hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat yang boleh menjadi jawapan kepada soalan keselamatan akaun perbankan anda.

Sekiranya seseorang yang mengaku sebagai pegawai kewangan menghubungi anda dan menanyakan soalan yang tidak berkaitan dengan panggilan tersebut seperti, “apa nama anak saudara anda?”
HATI-HATI!

Anda mungkin mendedahkan Soalan Keselamatan Maybank2u anda kepada sindiket penipuan dengan menjawabnya!

Sentiasa berwaspada semasa bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan JANGAN sesekali dedahkan maklumat peribadi anda.

Tak ingat apa Soalan Keselamatan anda? Tetapkannya semula melalui laman web Maybank2u dan tekan Settings > Security > Security Questions.

Ketahui lebih lanjut mengenai tips-tips keselamatan M2U di https://maybank.my/SecurityAwareness

#ScamAlert #SafeBanking #SecurityAwareness

Sumber: Maybank

Amira

Love yourself.