Siakap Keli
Gambar: iNews

Awas, Amaran Ribut Petir Dijangka Membadai 11 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4.50 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

Kelantan: (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)

Terengganu: (Besut)

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin)

Selangor: (Hulu Selangor)

Johor: (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru)

Sarawak: Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod)

Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.

Summer: MetMalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right