Siakap Keli

Baru Umur 3 Tahun Tapi Dah Dilatih Jadi Usahawan, Siti Aafiyah ’Pertaruh’ BeauKids Untuk Ikut Jejak Tokti

Siapa yang tak kenal kan anak sulung kepada penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah yang kini umurnya telah mencecah tiga tahun. Telatah dan kecomelannya juga sering dikongsikan oleh Siti Nurhaliza terutamanya di laman Instagram milik penyanyi terkenal tanah air itu.

Pada usianya baru sahaja tiga tahun, Siti Aafiyah sudahpun mempunyai produk sendiri iaitu Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah. Sebenarnya, menerusi BeauSiti X WonderLab telah melancarkan rangkaian produk minuman iaitu BeauKids yang dapat memberi fokus kepada pembangunan kanak-kanak yang sihat melalui minuman berkhasiat.

Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah ini sebenarnya diperbuat dari Puri Strawberi yang digandakan kebaikan dan pasti akan dapat ‘menangkap’ selera anak-anak anda. Minuman ini juga kaya dengan khasiat multivitamin seperti Vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik.

Produk ini juga dikatakan dapat membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak dan meningkatkan sistem imun badan serta sesuai untuk kanak-kanak yang sudah pandai menggunakan straw. Apa tidaknya, Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah diformulasi khas untuk dijadikan minuman dan snek pilihan khas untuk dalam lingkungan umur itu.

Produk pertama yang diperkenalkan di bawah BeauKids bersama WonderLab ini dikatakan sebagai minuman kegemaran Siti Aafiyah  dengan pelbagai khasiat di dalamnya. Seperti yang Dato’ Sri Siti Nurhaliza cakap, kanak-kanak lain juga pasti akan menyukainya.

Kalau Aafiyah suka, anak anda pasti suka.

Baru umur tiga tahun, tapi dah dilatih untuk jadi usahawan muda dengan produk minuman kegemaran sendiri.

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan terhadap produk ini, dapatlah dikatakan bahawa Aafiyah seakan sudah dilatih untuk menjadi usahawan ketika usianya baru sahaja 3 tahun.

Mungkin, ada juga yang berharap supaya budak comel ini akan mengikuti jejak langkah ibu yang bukan sahaja bergiat dalam industri seni, tapi turut meneroka alam perniagaan.

Bukan setakat menjadi usahawan muda, usaha Siti Aafiyah juga mungkin boleh menjadikan dirinya seorang jutawaan termuda melalui produk Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah.

Mungkin itulah yang dapat kita lihat sekarang apabila Siti Aafiyah yang baru berusia 3 tahun sudahpun mula berkecimpung dalam dunia perniagaan dan boleh menjadi salah satu latihan untuk menjadi ahli perniagaan ataupun jutawan muda seperti ibu dan bapanya.

Kalau korang nak tengok sambutan terhadap produk yang sedang diperkatakan ini, korang boleh menjenguk sendiri ke laman Instagram wonderlaboffical yang sehingga kini sudah mempunyai lebih 12 ribu pengikut.

Pelanggan yang membeli Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah akan mendapat Berus Gigi Aafiyah rekaan khas secara PERCUMA.. Dengan hanya RM59.00 sekotak, anak-anak anda akan dapat menikmati 10 pek minuman berkhasiat tersebut. Berbaloi dengan khasiat yang terkandung di dalamnya, anak-anak anda pasti menyukainya kerana rasanya yang lazat sehinggakan telah menjadi minuman kegemaran Siti Aafiyah.

Lebih Lazat! Lebih Berkhasiat!

Jadi, tunggu apa lagi ? Korang kena cuba bagi anak korang rasa minuman ni, mesti anak-anak suka dan mahu lagi. Khasiat untuk mereka pun banyak, apa salahnya kan? Bagi yang mahu maklumat lanjut, korang boleh melayari laman web rasmi WonderLab atau Laman Facebook dan Instagram WonderLabOfficial.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.