Siakap Keli
Gambar: Malaysia Meteorological Department

Gempa Bumi Berkekuatan 5.6 Skala Richter ‘Goncang’ Yunnan, China

Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.6 dilapor melanda Yunnan, China kira-kira jam 9.48 malam waktu tempatan, sebentar tadi.

Menurut Malaysian Meteorological Department, gegaran yang berpusat di latitud 25.7 darjah Utara dan longitud 99.8 darjah Timur itu menghasilkan gegaran berkedalaman 31 kilometer.

Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 92 kilometer Timur Laut dari Baoshan, China.

Walau bagaimanapun, MET Malaysia mengatakan tiada ancaman tsunami yang berlaku kepada Malaysia.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Nurul Nabila