Siakap Keli
Gambar: Google

“Jangan Serah Kepada Pihak Ke-3 Untuk Sambung Bayar”, Ini 8 Tips Penting Bila Tak Mampu Bayar Ansuran Kereta

Setiap individu yang membeli kereta secara pinjaman (loan) dan ansuran, pasti akan berhadapan dengan perjanjian pembayaran. Biasanya terdapat tiga pilihan tempoh masa pembayaran iaitu lima, tujuh dan sembilan tahun.

Umumnya jika kereta yang dibeli dengan bayaran deposit 10 peratus, sudah tentu kadar bulanannya akan sedikit rendah. Ianya agak berbeza dengan pembelian secara pinjaman penuh (full loan) dan sifar deposit, kadar bulanannya pula tentu lebih tinggi.

Antara risiko yang bakal pemilik kenderaan hadapi ialah ‘cuaca’ kewangan. Kadangkala, berlaku sesetengah kes di mana pemilik itu tidak lagi mampu meneruskan bayaran bulanan, mungkin kerana faktor ‘poket’ yang tidak stabil.

Difahamkan, sebagai usaha untuk ‘lari’ daripada masalah, ada sesetengahnya sanggup mengambil risiko bahaya dengan menyerahkan keretanya kepada pihak ketiga untuk ‘sambung bayar’. Tahukah anda, ini adalah cara yang sangat bahaya untuk ‘masa depan’?

Penasihat kewangan yang kerap berkongsi tips-tips pengurusan kewangan, Dr. Azizul Azli Ahmad baru-baru ini berkongsi tentang lapan perkara penting yang perlu anda buat apabila gagal untuk teruskan pembayaran kereta. Jom ikuti perkongsian ini.

#TabungKereta

TIPS BILA GAGAL BAYAR KERETA

Gambar: Azizul Azli Ahmad

1. Kereta masih mendahului carta sebagai 36% punca terbesar golongan muda muflis.

2. Bila kita mula tak mampu bayar hutang kereta, sebab kena berhenti kerja atau terlebih gaya.

Jangan lakukan ini kawan:

  • Menyerahkan kepada pihak ke-3 untuk sambung bayar/ skim sewa.
  • Sembunyikan daripada pihak bank elak kenderaan ditarik.
  • Menjual komponen kenderaan dan sebagainya.
  • Balik kampung, simpan kereta di rumah Tok Long.
  • Report kereta hilang atau kena curi.

3. Jika dah masuk bulan ketiga tak mampu bayar. Bawa kereta dan serahkan kunci pada bank.

4. Bank akan beri tempoh 21 hari untuk kita tuntut kembali. Cari duit, jual tudung, jual mekap mercuri dan tuntut kembali.

5. Jika gagal, bank akan mulakan lelongan kereta kita. Jika berjaya bida lebih dari baki hutang. Bank akan bagi baki yang ada.

6. Pihak bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya:

  • Finance sudah melebihi 75% kecuali dengan surat dari mahkamah.
  • Kereta anda berada di kawasan kediaman berpagar.
  • Pada hari cuti umum.
  • Selepas jam 9 malam.

7. Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.

8. Mangsa juga boleh buat laporan polis jika ada unsur kekerasan dan ugutan dari agen tarik kereta.

Biar malu guna kereta lama, dari malu satu Malaysia bayar kereta dengan Baygon sahaja.

Azizul Azli Ahmad
#ShareJerKawan
#JanganBeliKeretaYangSalah

Sumber: Dr. Azizul Azli Ahmad

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'