Siakap Keli
Sumber: Google

Sebanyak 33 Kes COVID-19 Dikesan Di Pasar Borong KL

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Sebanyak 33 kes positif COVID-19 dikesan di Pasar Borong Kuala Lumpur setakat ini, menurut Pegawai Kesihatan Daerah Pejabat Kesihatan Kepong Dr Sukhwinder Singh.

Katanya kes positif pada mulanya dikesan melibatkan pekerja di bahagian pasar ikan, sebelum ia didapati merebak kepada sebilangan kecil operator serta pekerja di bahagian lain di premis pasar itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyertai operasi pemantauan prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan bersama petugas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai yang turut ditemui selepas operasi itu berkata pihaknya sentiasa mengadakan pemantauan SOP di premis berkenaan bagi mengurangkan risiko penularan berterusan wabak COVID-19.

“Pemantauan pihak polis dilakukan setiap hari dan sehingga kini pematuhan SOP itu boleh dikatakan memuaskan namun perkara ini masih ditekankan kepada mereka yang bekerja di sini supaya mematuhi arahan ditetapkan termasuk memakai pelitup muka dan mengimbas MySejahtera,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama bermula pagi tadi mendapati rata-rata pekerja di premis terbabit mengamalkan SOP ditetapkan termasuk menjaga penjarakan fizikal semasa bekerja.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.