Siakap Keli
Gambar: @Kholif Mael

Seluar ‘Jeans’ Luntur Warna, Beli Serbuk Ni Kat Shopee Boleh Buat Seluar Jadi Hitam Semula Macam Baru Beli

Bagi pemakai seluar ‘jeans‘ pasti pernah alami seluar yang luntur warnanya, kan?

Mungkin disebabkan dah berkali-kali pakai dan basuh, akhirnya warna seluar jeans ‘favourite’ kita kian pudar dan tidak cantik lagi seperti yang baru.

Tetapi, jangan risau kepada mereka yang mengalami situasi begini. Jom ikuti tips yang diberikan oleh @Kholif Mael ini melalui perkongsiannya di Tiktok.

Cara hitamkan balik seluar jeans yang LUNTUR WARNA:

  1. Beli Dye pewarna seluar dekat SHOPEE
  2. Panaskan air
  3. Tuang dalam besen/baldi
  4. Masukkan 1 packet Pewarna
  5. Masukkan 1 genggam garam
  6. Guna senduk untuk gaul dan gaul sampai sebati
  7. Masukkan seluar jeans dalam baldi dan tunggu dalam 30 minit atau tinggalkan dalam 1 malam
  8. Bilas dengan air paip, jirus manja2 je
  9. Perah pun manja2 juga
  10. Gantung di ampaian, pastikan jemur di bawah sinaran matahari
  11. Tunggu sehingga kering
@eren_612

#fyp #foryoupage #raya like komen and share untuk tengok result dia di part 2😍

♬ Dj Sa Stop Mabuk Tiktok – NS Production

@eren_612

#fyp #foryoupage #fypシ #raya part 2☺️like komen and share untuk content yg lain😘

♬ Dj Sa Stop Mabuk Tiktok – NS Production

Sumber: @Kholif Mael

Nurul Nabila