Siakap Keli
Gambar Hiasan via Sempione News

“Suka Buat Tarian,” Ini Lima Fakta Mengenai Lebah Yang Ramai Tak Tahu

Lebah adalah salah satu serangga yang unik. Menurut portal CNN, banyak perkara yang boleh membuatkan kita tertarik pada lebah. Ia merupakan serangga yang penting dalam proses pertumbuhan makanan yang menyihatkan pada manusia.

Hal ini kerana lebah boleh memindahkan serbuk halus (debunga) dari tanaman ke tanaman. Malah ia menghasilkan pendebungaan lebih dari seratus buah dan sayur-sayuran termasuk strawberi, kentang dan epal.

Pada setiap 20 Mei, Hari Lebah Sedunia telah diwujudkan memandangkan banyak spesies lebah kian terancam. Jadi, di sini portal CNN telah mendedahkan 5 perkara mengejutkan yang mungkin tidak kita ketahui mengenai lebah.

1. Lebah suka membuat tarian ‘waggle

Tarian ‘waggle‘ merupakan cara lebah berkomunikasi dan membuat keputusan. Apabila lebah madu menari dan memeriksa sarang baru, ia menggunakan tarian ini untuk menghebahkan pada lebah lain tentang kebaikannya. Semakin baik ‘kawasan’ itu, semakin lama dan sukar tarian yang dibuat. Suara degungannya yang tinggi dan menggerakkan sayap antara lebah yang lain merupakan cara mereka membuat keputusan.

2. Lebah menggunakan ‘senjata’ sebagai alat pertahanan

Lebah akan mengumpul najis binatang yang masih baru dan dioleskannya di sekitar pintu masuk sarang mereka. Menurut sumber, pasukan pengkaji percaya bahawa kotoran itu mampu mengusir tebuan pemangsa (yang serupa dengan tebuan pembunuh) dengan cara mengurangkan masa tebuan untuk mendekati sarang lebah. Jadi, ‘senjata’ yang digunakan untuk elak serangan pemangsa adalah dengan menggunakan alam semula jadi, iaitu najis binatang.

3. Najis lebah hampir menyebabkan konfrontasi Perang Dingin 

Jelas portal, pada tahun 1980-an, “hujan kuning” – percikan kuning kecil yang terdapat di dedaunan hutan di Laos dan Kemboja – dianggap sebagai sisa senjata kimia. Pelarian mengatakan bahawa “hujan kuning” telah menyebabkan penyakit dan kematian. Tuduhan tersebut mendorong Amerika Syarikat untuk mendakwa Kesatuan Soviet dan sekutunya dalam perang kimia. Ahli lebah kemudian mendapati bahawa titik-titik kuning adalah perkumuhan oleh sekumpulan lebah madu liar.

4. Lebah menjadi kesal kerana lapar

Bagi lebah, debunga adalah sumber protein yang mereka perlukan untuk membesarkan anak lebah. Apabila timbul krisis iklim yang menjadikan suhu lebih panas, lebah akan bangun lebih awal setelah hibernasi untuk mencari bunga walaupun belum mekar. Namun pada awal musim bunga, lebah mengalami kekurangan makanan. Ini kerana, pada musim bunga, bunga bergantung pada pendedahan cahaya dan kurang dipengaruhi oleh perubahan iklim. Jadi, apabila keadaan ini tidak sesuai bagi lebah, ia akan menghasilkan cara yang unik hingga menyebabkan ada tanaman yang berbunga 30 hari lebih awal berbanding tanaman yang tiada pendebungaan.

5. Manusia telah mengeksploitasi lebah madu selama ribuan tahun

Pada masa kini, madu mendatangkan peluang cerah dalam memerangi ‘ketahanan terhadap antibiotik’ (yang membuatkan kuman tidak mati). Madu mengandungi antibiotik semula jadi untuk membantu tubuh melawan jangkitan. Para saintis sedang berusaha untuk membuat madu lebih mudah digunakan pada luka, dalam pembedahan, zon perang serta di rumah kita sendiri. Jadi, madu yang dihasilkan oleh lebah madu mempunyai banyak kegunaan kepada manusia.

SYDNEY, AUSTRALIA – 14 MEI: Lebah dilihat di sel sarang lebah di kawasan bumbung The Urban Bee Hive di Woolloomooloo pada 14 Mei 2021 di Sydney, Australia.

 

RIO DE JANEIRO, BRAZIL – 31 MAC: Pendebungaan lebah.

 

SAN ANSELMO, CALIFORNIA – 16 MEI: Lebah madu

Sumber: edition.cnn.com

Nurul Nabila