Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: Kerajaan Putuskan Tiada Pemotongan Bekalan Elektrik Bagi Pengguna Domestik Dengan Tunggakan Tak Lebih 6 Bulan Sehingga 30 Jun Ini

Kerajaan telah bersetuju supaya tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan elektrik tidak melebihi 6 bulan sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac 2021.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah, pengguna-pengguna domestik juga turut ditawarkan Pelan Bayaran Mudah selama 6 bulan mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2021 bagi membantu menguruskan bil elektrik mereka.

“Mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, kerajaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad akan memastikan tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan di rumah-rumah kediaman yang mempunyai tunggakan tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 Jun 2021,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebenatar tadi.

Tambahnya lagi, Pelan Bayaran Mudah juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membantu pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik individu yang terlibat.

Seramai 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan memperoleh manfaat ini.

Inisiatif ini juga diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat berikutan penularan pandemik COVID-19 pada ketika ini.

Sumber: Bernama Radio

Sofea

There's always another side to every story