Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Mesyuarat MKN Setuju Perketat Pelaksanaan PKP 3.0 Dengan Tambahan Sekatan Atas Sektor Ekonomi, Sosial

Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 yang dilangsungkan pada petang tadi bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang dikuatkuasakan dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sidang khas itu juga turut membincangkan berkenaan dengan status pelaksanaan Perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuatkuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei 2021 yang lalu.

Menurutnya, keputusan untuk memperketatkan SOP bagi PKP 3.0 itu terpaksa dibuat bagi mengawal penularan dalam komuniti yang semakin meningkat serta kewujudan varian baharu yang lebih agresif.

Perincian mengenai sekatan tambahan ini dilaporkan akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mei 2021.

Sumber: Muhyiddin Yassin

Aqmal Ezany

I write what is right