Siakap Keli

(Video) Penggemar Kaki Ayam Kena Tahu Cara Nak Keluarkan Tulang Kaki Ayam Dengan Mudah

Kaki ayam sememangnya banyak khasiatnya. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Taiwan ini mengatakan bahawa makanan ini mempunyai sumber alternatif yang baik untuk mendapatkan kolagen. (Rujuk: Hello Doktor)

Namun, bagi sesetengah orang tidak suka makan kaki ayam ini. Bagi mereka ia dianggap kotor. Tetapi sebenarnya ia memberi sumber kesihatan yang baik untuk tubuh manusia terutamanya bagi kaum wanita.

Kalau tanya kepada peminat makanan ini bagi sahaja apa jua menu yang berkaitan kaki ayam pasti mereka suka tambah-tambah lagi kerabu kaki ayam ala-ala siam. Sedapnya bila terbayang juada ini.

Kali ini, SK ingin kongsikan cara mudah untuk keluarkan tulang kaki ayam untuk memudahkan orang memakannya. Selalunya untuk membuat juadah seperti kerabu dan sup kaki ayam.

Selepas tonton video di bawah, bolehlah korang semua mencuba sendiri di rumah.

@phanhongngoc37

Cách rút xương chân gà cho các Bn nhé 🥰

♬ nhạc nền – Phan Hồng Ngọc 37✅ – Phan Hồng Ngọc 37✅

 

Sumber: Phanhongngoc37

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang