Siakap Keli

COVID-19: Penggunaan ICU Di Lembah Klang Kini Mencapai 113 Peratus – KP Kesihatan

Situasi COVID-19 di negara ini semakin kritikal apabila penggunaan ICU di Lembah Klang kini mencapai sehingga 113 peratus.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan kini melaksanakan kesiapsiagaan bagi menghadapi perkara tersebut.

“Memang hospital kita berada dalam keadaan kritikal, jadi apa yang kita laksanakan sekarang ini adalah dengan melaksanakan kesiapsiagaan yang diperlukan terutama berkaitan dengan stok alat-alatan dan ubat-ubatan.

“Sekarang ini penggunaan ICU untuk seluruh negara ialah 91 peratus tapi di Lembah Klang sahaja ialah 113 peratus, jadi kita mengenal pasti ruang-ruang tertentu. Contohnya, di wad pemerhatian, jabatan kecemasan, jabatan rawatan harian dan sebagainya kita ubah suai menjadi ICU,” katanya.

Tambahnya lagi, kementerian juga telah menambah ICU medan di Hospital Kepala Batas kepada 27 katil.

“Kita telah menulis kepada hospital swasta untuk menambah katil-katil ICU dan mereka menawarkan 104 katil. Penggunaan di hospital swasta itu adalah sebanyak 60 peratus,” katanya.

Dia memaklumkan perkara itu setelah ditanya oleh wartawan dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri pada petang ini.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story