Siakap Keli

COVID: Pelajar, Kakitangan SEMESTA Diminta Jalani Ujian Saringan

KUANTAN, 22 Mei (Bernama) — Semua pelajar dan petugas Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) di Raub serta ahli keluarga mereka diminta menjalani ujian saringan COVID-19 secepat mungkin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan ini kerana pihaknya telah mengenal pasti penularan yang berpunca daripada sekolah berkenaan.

“Sehubungan itu, semua individu terlibat diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk temu janji bagi ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu saringan,” menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa itu berharap semua pihak dapat memberi kerjasama demi keselamatan rakyat negeri ini.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story