Siakap Keli

Digalakkan Pakai “Double Face Mask” & “Face Shield” Jika Berada Di Tempat Sesak & Berisiko Tinggi – Noor Hisham

Pemakaian pelitup muka berganda (double face mask) dan pelindung muka (face shield) adalah digalakkan sekiranya berada di tempat sesak dan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, ia tidaklah wajib seperti mana pemakaian pelitup muka yang selapis.

“Jadi pemakaian double face mask digalakkan tapi bukan diwajibkan, tapi pakai face mask adalah wajib sekurang-kurangnya satu face mask.

“Jadi kalau kita berada di tempat sesak dan berisiko tinggi, adalah amat digalakkan untuk memakai double face mask dan face shield,” katanya.

Tambah Noor Hisham lagi, terdapat satu laporan baru-baru ini yang mengatakan bahawa virus COVID-19 bukan sahaja merebak melalui titisan air liur (droplet) sahaja, bahkan turut merebak melalui udara (airborne).

Bagaimanapun, orang awam dinasihatkan untuk tidak memakai pelitup muka jenis fabrik jika hadir ke kawasan berisiko tinggi seperti hospital.

Noor Hisham berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai tularnya gambar beliau memakai pelitup muka sebanyak berganda (dua lapis) dan ‘google’ baru-baru ini.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'