Siakap Keli

Klip Video ‘Charlie Bit My Finger’ Dengan 882,473,837 Tontonan Akan Dihapus Dari YouTube Esok

Salah satu video terkenal di Youtube akan dihapus dari platform itu esok.

Klip video “Charlie gigit jari saya,” yang dimuatnaik pada 23 Mei 2007 itu telah ditonton lebih daripada 882 juta kali. Namun, akan dihapus menjelang tahun ke-14 selepas dimuatnaik ke YouTube.

Dilaporkan, keluarga Davies-Carr dari United Kingdom mengumumkan di akuan Youtube mereka bahawa mereka akan menjual video itu kepada NFT.

NFT adalah sekumpulan data yang dijamin dengan kod blokchain. Oleh itu, hanya pemilik kepada data itu sahaja yang memiliki kebenaran untuk mengakses data tersebut.

“Kami akan beralih kepada sesuatu menarik,” tulis keluarga itu di akaun Youtube mereka.

Penonton YouTube hanya mempunyai waktu sehingga esok sahaja sebelum klip video itu dihapuskan.

Sumber: ABC

Atiqah Aliah