Siakap Keli

Misteri Telekung ‘Berbisik’, Uncle Kentang Dedah Kisah Telekung Milik Arwah Yang Selalu ‘Melambai’ Ke Arahnya

Dalam kehidupan ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak perkara ‘mistik’ dan ghaib terjadi di sekeliling kita semua. Begitupun setiap apa yang terjadi itu, hanyalah kita yang mengalaminya sahaja yang tahu.

Begitulah pengalaman unik dan misteri yang dialami aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang apabila dia mendakwa sering terdengar bisikan daripada sebuah telekung.

Telekung tersebut dikatakan merupakan milik salah seorang individu yang pernah dibantunya. Walaupun sudah meninggal dunia, beliau ‘terasa’ bahawa telekung milik individu itu seakan masih ‘bernyawa’. Mari ikuti pendedahan ini.

Telekung berbisik

Hairan, saya ambil gambar telekung arwah yang tergantung dalam bilik. Sebelum arwah meninggal, I dah tanya dalam hati, telekung ini PASTI tiada akan bertuan nanti.

Telekung putih itu sangat mistik. Kerana bila aku lihat ia seolah-olah lambai pada saya dalam bilik yang gelap. I cuba cari gambar telekung tersebut dalam phone I, tapi tiada jumpa pulak.

Bila I jenguk dalam bilik arwah semasa ambil dia untuk ke hospital, I tenung telekung itu. I bisik pada partner I, telekung ini bisa tak bertuan nanti.

Hati I macam dah maklum seolah-olah telekung putih itu membisik sesuatu pada diriku. TUANNYA BISA PULANG..TANPA TELEKUNG DALAM BILIK INI..

Gambar: Uncle Kentang

Inilah antara experience saya membantu mereka yang sakit. Kadang-kadang saya mau tak mau kena cerita dengan waris. Bersedialah. Ayah kami akan meninggal malam ini.

Macam ada sesuatu yang bisik ke telingaku. Ku tenung mata mereka yang sakit. Biasanya ia membawa ketenangan dalam kehadiran aku yang sangat singkat.

I malas nak melawat orang sakit, lagi bila mata bertemu. I macam boleh tahu mereka dah nak kembali. PELIK TAPI SELALUNYA TEPAT JANGKAAN MASA YANG DIBISIKKAN ITU.

I akan cuba cari gambar telekung arwah yang pernah berbisik dengan saya.

Sumber: FB Uncle Kentang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'