Siakap Keli

Pengecas Telefon Bimbit Punca 1,000 Vaksin Terpaksa Dibuang

KYRGYZSTAN- Sebuah klinik dilaporkan terpaksa membuang ribuan dos vaksin Sputnik V.

Menurut informasi daripada French Press, insiden itu berlaku berpunca apabila salah satu peti ais yang menyimpan vaksin itu dimatikan dan digantikan dengan pengecas telefon bimbit.

Pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan kes itu, menurut laporan Sword Today.

Disebabkan insiden itu, kerajaan Kyrgyzstan menerima kritikan kerana lambat menjelaskan dos yang hilang. Vaksin yang ‘hilang’ itu merupakan sebahagian daripada 20,000 dos yang diberikan oleh Rusia kepada negara Asia Tengah itu.

Kempen vaksinasi di Kyrgyzstan bermula pada bulan Mac, dengan Sputnik V imunisasi yang paling banyak digunakan di negara. Vaksin itu berasal daripada syarikat China (Sinoform).

Menurut Menteri Kesihatan, Alimkadir beshenaliev, kecuaian itu dilakukan oleh pekerja penyelenggara bagi mengecas telefonnya.

“Sekiranya kesalahan itu dilakukan oleh salah seorang kakitangan, pekerja pembersihan atau orang lain. Pihak klinik akan dipertanggungjawabkan,” kata seorang pengurus.

Sumber: Sword Today

Atiqah Aliah