Siakap Keli

TERKINI: 80% Kakitangan Kerajaan & 40% Kakitangan Swasta Akan Bekerja Dari Rumah

Terdapat dua strategi untuk mengurangkan pergerakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, umum Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelas Ismail, strategi pertama adalah mengurangkan jumlah pekerja yang bekerja di pejabat sama ada sektor kerajaan mahupun swasta, manakala strategi kedua pula adalah menghadkan masa operasi sektor ekonomi.

Bagi sektor kerajaan, sebanyak 80 peratus kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah yang melibatkan kira-kira 750,000 pekerja, manakala bagi sektor swasta pula, sebanyak 40 peratus kakitangan akan bekerja dari rumah.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'