Siakap Keli

TERKINI: Sektor Ekonomi Seperti Kedai Makan & Kedai Dobi Dihadkan Operasi Dari 8 Pagi – 8 Malam, Bermula 25 Mei

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa sekatan tambahan berkaitan sektor ekonomi akan bermula di seluruh negara pada 25 Mei ini.

Menurutnya, operasi perniagaan dihadkan kepada jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Sektor ekonomi ini melibatkan restoran, kedai makan, kedai runcit, pasar raya, kedai dobi, klinik haiwan dan perniagaan-perniagaan yang lain.

“Kerajaan juga akan menggunakan HIDE untuk mengenalpasti kawasan pusat beli belah dan perkilangan yang berisiko tinggi,” katanya.

Menurutnya, SOP yang lebih terperinci mengenai sekatan tambahan ini boleh diakses di laman web MKN.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story