Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

(Video) Dakwaan “Voice Note” Dari ‘Maulana’ Tentang ‘COVID-19 Hanyalah Agenda’ Adalah Tidak Benar – Menteri Agama

Akhir-akhir ini maklumat dipercayai palsu dan meragukan mengenai COVID-19, vaksin dan sebagainya semakin tersebar luas di media sosial. Tidak hanya tular dalam kalangan orang muda, malah golongan ‘ibu ayah’ pun turut sama ‘terperangkap’ dalam info tular ini.

Perkongsian maklumat sebegini sebenarnya sangat berbahaya kerana ia berisiko untuk menambahkan lagi kekeliruan dalam masyarakat. Bagi orang muda, mungkin masih ada ‘peluang’ untuk diberi ‘pencerahan’ semula. Namun bagi golongan berusia, ianya tidaklah semudah itu.

Isu penularan maklumat tidak tepat mengenai COVID-19 ini telah mendapat maklum balas daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Bimbang dengan gejala kekeliruan dan salah faham yang semakin memuncak, akhirnya Dr. Zulkifli membuka ruang untuk soal dan jawab bersama netizen bagi merungkai sesuatu isu menerusi laman Twitternya.

Beberapa kekeliruan yang sering menjadi persoalan netizen telah pun dijawab sebelum ini. Orang awam boleh melihatnya semula melalui ciapan di bawah ini ataupun boleh merujuk di pautan INI.

 

‘Voice note’ dakwaan ‘Maulana’ tentang ‘COVID-19 hanyalah agenda’

Dalam banyak-banyak maklumat tular itu, antara yang paling banyak dikongsi dan memberi kesan ‘sedalamnya’ adalah satu rakaman suara atau ‘voice note’ yang tersebar melalui group-group dalam aplikasi WhatsApp.

Dalam rakaman suara tersebut, individu itu mendakwa ada seorang ilmuan di negara ini, atau disebut sebagai ‘Maulana’ mendakwa bahawa wabak COVID-19 ini hanyalah satu agenda Yahudi. Mari dengar audio di bawah ini.

Ekoran tular dan didakwa memberi kekeliruan, akhirnya Dr. Zulkifli memberi maklum balas tentang rakaman suara itu. Dalam satu ciapannya di Twitter, beliau menyatakan bahawa dakwaah ‘Maulana’ tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Bukan sahaja tidak benar, malah kenyataan itu juga turut didakwa membahayakan nyawa orang lain yang menerima atau mendengarnya.

 

Semoga kita akan lebih berhati-hati menerima sesuatu info daripada orang lain agar tidak mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

Sumber: Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'