Siakap Keli

(Video) Ditonton Hampir 6 Juta Kali, Kelibat Makhluk Misteri Tercegat Kat Tengah Jalan Bikin Seram

Pernah tak semasa dalam perjalanan balik dari kerja ketika tengah malam, alami benda-benda pelik dan menyeramkan? Kalau ada, korang kira ‘beruntung’ sebab dapat juga ‘peluang’ bersemuka dengan makhluk-makhluk halus ni.

Selalu jugaklah diceritakan daripada generasi ke generasi, biasanya orang yang balik kerja lewat malam ni mesti akan diganggu dengan gangguan di tengah jalan. Ada yang dakwa nampak benda melintaslah, ada yang nampak benda berbungkus putih berdiri tepi jalanlah.

Biasanya ‘benda-benda’ ni hanya akan tercegat saja di jalan. Jarang kita dengar ‘mereka’ menyerang manusia dengan cara angkat kereta, apatah lagi nak menjerit dan mencekik.

Macam yang korang lihat di bawah ni, pemandu kereta ni diganggu oleh kemunculan satu makhluk pelik di tengah jalan. Wajahnya tak nampak, berambut panjang dan dipercayai berbogel. Nampak macam seram juga.

@sirajakuas_

Ada yg tau makhluk apa ini 🧐 #fypシ #fyp #fypシ゚viral #GoodTimeKitchen #YourFaceChampion #ManisPedesNgegigit

♬ original sound – Anang Taufiq Gufron – Galaxy A9

Jadi kalau korang nak balik rumah tengah malam nanti, tiba-tiba ternampak benda ni kat tengah jalan, apa yang korang buat?

Lagu cerita buat tak jadi seram

Walaupun video seram ni dah ditonton hampir enam juta kali setakat ni, namun elemen seramnya dikatakan ‘tak meremang’ sangat apabila video ini disunting dengan berlatarbelakangkan lagu ceria.

Ramai netizen pun rasa macam tu. Lagu ceria zaman kanak-kanak ni buatkan mereka tak jadi nak seram.

Sumber: TikTok Sirajakuas_

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'