Siakap Keli

Gunung Nyirangongo Meletus, Ribuan Penduduk Diarah Tinggalkan Goma

GOMA- Hampir 3,000 penduduk melarikan diri dari bandar timur Goma semalam apabila gunung berapi Gunung Nyiragongo yang menghadap ke bandar meletus.

Republic World memaklumkan Kerajaan Republik Demokratik Kongo telah mengeluarkan kenyataan rasmi agar semua penduduk untuk segera mengemas barang-barang mereka yang penting dan meninggalkan kawasan itu semalam.

Awal pagi harini pula, letusan gunung berapi itu membesar hingga ke lapangan terbang bandar itu. Seorang pegawai di Taman Nasional Virunga menyatakan kebimbangannya.

“Kami semua tertekan. Semua orang melarikan diri. Kami betul-betul tak tahu nak buat apa,” kata salah seorang penduduk disitu kepada agensi berita, The Associated Press.

Gunung Nyiragongo di Dr Congo meletus buat kali pertamanya setelah hampir dua dekad iaitu kali terakhir pada tahun 2002.

Sumber: Republic World

Atiqah Aliah