Siakap Keli

Jangkitan Kulat Hitam Dilapor Di India, Pesakit COVID-19 Paling Ramai Terkena

INDIA- Beberapa negeri di India dilaporkan menghadapi kekurangan ubatan yang digunakan bagi merawat kulat hitam.

Kulat hitam merupakan jangkitan yang jarang berlaku tetapi berpotensi membawa maut.

“Pesakit COVID-19 paling ramai dijangkiti,” kata pihak berkuasa kesihatan India.

CNN melaporkan jangkitan ini telah menular sebelum pandemik lagi. Namun, meningkat dengan pantas pada pesakit COVID-19 serta mereka yang baru sembuh.

Ianya disebabkan oleh pengumpulan kulat yang terdapat pada persekitaran berair dan dapat menyerang saluran pernafasan. Terutamanya pada individu yang mempunyai masalah sistem kekebalan tubuh.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 90 maut akibat jangkitan kulat hitam di bahagian barat Maharashtra, yang merangkumi pusat kewangan Mumbai, kata Menteri Kesihatan, Rajesh Tope pada 19 Mei.

Menurut pegawai kesihatan tempatan, sekurang-kurangnya 800 orang kini dirawat di hospital akibat jangkitan itu dan 2,000 kes telah direkodkan.

Sumber: CNN

Atiqah Aliah