Siakap Keli
Gambar: Twitter

Konsisten Perjuang Isu Kemanusiaan, Netizen Anggap Heliza Helmi Layak Diangkat Sebagai Ikon Wanita Negara

Siapa yang tak kenal dengan selebriti Islamik, Heliza Helmi? Figura ‘hijrah’ ini saling tak lekang dengan identiti seorang aktivis yang tegar memperjuangkan isu-isu kemanusiaan dalam kamus hidupnya.

Sifat konsistennya dalam membawa isu ummah di pentas media sosial selama ini tidak perlu diragui lagi. Pernah beliau mencipta fenomena dalam industri muzik tanah air apabila melodi nyanyiannya, La Tahzan (2016) menjadi tumpuan peminat-peminat lagu ketika itu.

Tidak kurang juga, penglibatannya yang aktif dalam gerakan badan bukan kerajaan (NGO) juga turut menjadi ikutan ramai. Heliza pernah menyertai beberapa misi kemanusiaan di Palestin dan Syria sebelum ini.

Menerusi laman Instagramnya @nurhelizahelmi, figura ini tidak putus-putus berkongsi pelbagai maklumat terkini mengenai isu kemanusiaan yang berlaku. Boleh dikatakan lebih 2 juta pengikutnya di Instagram dapat mengetahui info-info terkini yang berlaku.

Lihatlah tangkap layar (screenshot) sebahagian hantarannya di Instagram. Hampir kesemuanya adalah hantaran penting mengenai isu ummah. Ada kalanya dia berkongsi tentang isu semasa, ada juga hantaran berupa pesanan nasihat, ada juga mengenai kempen sumbangan tertentu.

Heliza Helmi dianggap layak dinobat sebagai ikon wanita negara

Nilai positif atau ‘positive vibes’ yang ditonjolkan oleh Heliza ini mendapat ‘pengiktirafan’ daripada netizen. Inilah yang berlaku apabila seorang pengguna Twitter, @Atikah10490 atau Peguam Syarie Atikah berpendapat bahawa Heliza layak diangkat sebagai ikon.

Atikah melontarkan pendapat itu menerusi satu ciapan di Twitternya baru-baru ini. Mungkin ramai yang bersetuju, ciapan ringkas itu menerima lebih 30,000 tanda ‘likes’ oleh pengguna Twitter yang lain.

Atikah berkata;

“Heliza Helmi sepatutnya menjadi ikon wanita/belia di negara kita. Seorang wanita yang betul-betul memperjuangkan Islam. Tak pernah nampak dia post pasal cinta/nak kahwin. Even gosip dengan mana-mana lelaki pun tak pernah. She is truly amazing girl,”

Dalam pada itu Atikah menyambung, wanita-wanita lain pada zaman kini sebaiknya perlu kurangkan ‘fokus’ mengenai isu-isu ringan seperti ‘berpakwe’, putus cinta dan sebagainya. Sebaliknya kena pentingkan isu lebih besar iaitu isu pandemik dan kemanusiaan seperti mana yang sedang berlaku hari ini.

Semoga apa yang diimpikan Atikah akan menjadi kenyataan. Pengaruh Heliza Helmi sebagai selebriti sangat besar jika ‘dimanfaatkan’ ke arah kebaikan. Mungkin satu hari nanti, lebih ramai wanita lain yang mengikut jejaknya. Mudah-mudahan.

Sumber: Instagram Heliza Helmi / Twitter Atikah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'