Siakap Keli

Sertai Larian Dalam Cuaca Ekstrem Di China, 21 Peserta Ultra-marathon Ditemui Mati

CHINA- 21 peserta ultra-marathon dilaporkan maut kerana mengikut perlumbaan larian dalam cuaca ekstrem yang dilakukan di kawasan pergunung sejauh 100 kilometer (km) dibarat laut China.

Acara maraton altitude tinggi itu dilaporkan diadakan di Gunung Huanghe shilin yang bermula pagi semalam.

Menurut laporan CNN, cuaca dikatakan berada dalam keadaan baik ketika acara berkenaan bermula. Bagaimanapun, menjelang pukul 1 petang, keadaan cuaca dilapor mulai berubah. Hujan batu serta angin kencang melanda di Daerah Gansu, menurut portal berita tempatan, Global Times.

Selepas itu, suhu mulai turun di Hutan Batu Sungai Kuning menyebabkan peserta mengalami hipotermia, dan sebahagiannya dilaporkan hilang.

Ekoran keadaan yang memburuk, penganjur kemudian bertindak menghentikan perlumbaan dan memohon bantuan 1,200 orang penyelamat membantu peserta yang hilang, lapor CNN.

“Pada ketika itu, saya tidak dapat merasai jari saya (kerana terlalu sejuk). Pada masa yang sama lidah terasa membeku,” kata salah seorang peserta kepada Red Star News.

People’s Daily melaporkan seramai 151 daripada 172 peserta disahkan selamat dan lapan peserta dimasukkan ke hospital. Manakala 21 lagi ditemui mati.

Sumber: CNN

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.