Siakap Keli
Gambar: Majlis Perbandaran Taiping

(Video) Kosong Bagai Tak Berpenghuni, Suasana Lengang PKPD Di Ipoh & Taiping Sejak Semalam

Negeri Perak baru sahaja memulakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat mukimnya iaitu Taiping, Pengkalan Hulu, Hulu Kinta dan Hulu Bernam Timur sejak semalam.

Sehubungan itu seperti PKPD kebiasannya, suasana sosial di keempat-empat mukim ini akan berubah daripada ‘hidup’ seperti biasa kepada sunyi dan senyap.

Namun PKPD kali ini agak berbeza sedikit berbanding ‘siri’ PKPD di beberapa lokasi sebelum ini kerana tiada kawad duri yang didirikan mengelilingi keseluruhan kawasan kerana faktor keluasan yang cukup besar, sebaliknya cuma bertumpu di sesetengah laluan pintas atau ‘jalan tikus’.

Oleh itu, wartawan BERNAMA mengambil kesempatan turun ke lapangan bagi meninjau keadaan semasa. Ternyata hasil tinjauan mendapati tempat tumpuan awam yang asalnya ‘meriah’ kini sepi seolah-olah tidak lagi berpenghuni.

Salah satu lokasi tumpuan utama yang dipantau adalah di Pusat Beli-Belah Ipoh Parade. Berdasarkan rakaman di atas, jelas kelihatan pusat beli-belah ini agak sunyi dan lengang daripada pengunjung.

Bandar Taiping tenang

Sementara itu, suasana sosial di sekitar Bandar Taiping juga tidak kurang lengangnya. Semalam Bahagian Korporat, Perhubungan Awam & Pelancongan, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) turut turun padang membuat tinjauan suasana di sekitar Bandar Taiping.

Rakaman foto-foto tersebut dimuat naik ke laman Facebook MPT untuk tatapan awam. Berikut di bawah adalah antara foto yang dikongsikan. Ada foto yang diambil menggunakan ‘drone’.

Gambar: MPT

Pemandangan jalan raya di sekitar bandar yang lengang tanpa kenderaan. Sunyi, sepi dan tenang.

Gambar: MPT
Gambar: MPT

Di bawah ini adalah antara suasana di jalan dalam bandar. Kelihatan hanya beberapa kenderaan sahaja yang ada di sini, dipercayai mungkin keluar ke bandar atas urusan tertentu.

Gambar: MPT
Gambar: MPT

Di bawah ini pula salah sebuah medan selera di bandar ini. Kelihatan agak kosong, kerusi-kerusi disimpan dan pelanggan hanya dibenarkan membeli makanan secara bungkus sahaja.

Gambar: MPT

PKPD di empat mukim di Perak ini dilapor berjalan mulai 22 Mei semalam sehingga 4 Jun kelak. Semoga wabak ini akan berkurangan dan Bandar Taiping yang sepi ini akan meriah kembali.

Sumber: Twitter BERNAMA / BERNAMA / Majlis Perbandaran Taiping

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'