Siakap Keli

(Video) Mujur Berjaya Dipatahkan, Tular Detik-detik Cemas Lelaki Cuba Serang Imam Masjidil Haram Tengah Baca Khutbah

Sesi khutbah Jumaat di Masjidil Haram baru-baru ini berlaku terganggu dengan sedikit kekecohan apabila seorang lelaki yang didakwa menyamar sebagai jemaah dipercayai ingin membuat serangan ke atas mimbar.

Merujuk laporan Haramain Sharifain, pada awalnya lelaki berkenaan yang memakai ihram itu didakwa berpura-pura melakukan tawaf sebelum menuju ke sekitar Mataaf.

Bagaimanapun dia secara tiba-tiba berlari meluru ke arah mimbar Masjidil Haram sambil membawa sejenis alatan dipercayai senjata kecil yang terselindung di tangannya.

Tindakan lelaki itu disedari pegawai keselamatan yang berkawal di situ, sekaligus usaha ‘serangan’ tersebut berjaya dipatahkan mereka sebelum dia diserahkan kepada pihak polis.

Situasi cemas itu dirakam oleh kamera litar tertutup di kawasan berhampiran lokasi kejadian, sebelum dimuat naik oleh laman Twitter Haramain Sharifian dan tular di media sosial.

Tidak lama selepas itu, kes tersebut diterima oleh pihak Polis Mekah dan satu kenyataan telah dikemas kini.

“Seorang lelaki dihentikan ketika cuba menaiki mimbar Masjidilharam semasa khutbah (Jumaat) dan tindakan undang-undang ke atasnya telah selesai,” kata makluman tersebut.

Sumber: Haramain Sharifain / Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'